TEMPAHAN DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU.
- crochet beanie/hat for baby
- crochet booties & mitten
- crochet Hairband
- Purse *jahit
- Clutch *jahit
**sahaja… lain2 yang item besar saya tolak ya…
Assalam & Salam Sejahtera…
Sukacita saya ingin menjemput pengunjung Sew Addict untuk sertai kumpulan MALAYSIAN WOMAN LOVE CROCHET di facebook.
Di sini kita akan belajar teknik asas mengait, berkongsi hasil kaitan dan info lain bersama-sama. Ramai yang bertanya saya tentang cara mengait, nak belajar dan macam-macam.. dalam kumpulan ini, ramai yang sudi membantu…
Jemput Singgah!!

Seronok sebenarnya dapat buat Coccon set ni… ya la, nak buat untuk anak sendiri dorang pun dah beso panjang.. Kalau masih baby dapat juga merasa ‘bedung’ canggih ni… juga boleh buat selimut kalau yang lasak tu, tak de la hilang selimutnya..
Lagi satu, material Coccon ni tersangat lah soft dan ringan.. so, bayi pun tak panas melampau lampau. Yang penting ia mesra bayi.. saya pasti, bayi tak mengalami sebarang rengsaan pun.
Hai… seronoknya berbaby ni kan…. bau harum je…. suci bersih je….
Coccon set ini tempahan Yuzie, kawan lama semasa di forum dot dot lagi… Masa tu tak kawan lagi.. dia pernah jadi pelanggan tudung online saya.. zaman tudung bawal tengah glemer tu… Alhamdulillah berjumpa semula dalam satu group ni.. terus jadi kawan… Dia ni photographer untuk bayi. So, coccon ni salah satu props dia nanti.. Tunggulah hasilnya nanti cemana… Sesiapa area Kuala Lumpur nak booking family Potrait ka.. New Born potrait ka.. boleh cari dia…
**beb, aku promote kau ni.. ekekeke nanti blanjer pokok ros sepasu dua ek..**
Benang dia soft kan?? Nanti saya akan order lagi Insya-Allah… nampaknya ramai yang suka benang ni.. tapi saya ada segulung je..
Wassalam.

Nike crochet booties dah lama saya buat.. saja nak kongsi di sini… Tempahan beberapa pelanggan Sew Addict tempohari. Ada juga yang tidak saya ambil gambarnya. Kemalasan melanda…

Saiz untuk booties ini adalah untuk NB – 1 tahun. Ini kira saiz paling besar saya buat. Ya lah, saiz baby tak sama untuk setiap tubuh mereka.. ada di lahirkan kecil.. ada yang di lahirkan besar.
Maka, sekiranya anda hendak menempah, tolong lah berikan ukuran kaki anak anda tu dalam CM. Nanti kalau terkecil, janganlah salahkan saya ya.. Biasa saya boleh agak-agak berdasarkan pengalaman beranak sendiri. Tapi anak saya semua perempuan saiz macam mama dia ler.. hehe
Jadi langkah selamat, tolong berikan ukuran kaki anak anda ek…
Wassalam.