Tutorial Bekas Pencil (Pencil Case)

Assalamualaikum semua.. saya membelek hard disk yang telah bertahun tidak di buka, terjumpa tutorial ini yang saya lupa untuk masukkan ke dalam website. Ia mudah sahaja untuk jahit, tetapi mampu menjimatkan wang.

 

Pencil Case / Bekas Pensil

Lipat dua kain dan tandakan ukuran 20 cm panjang

 

Ukur panjang 27 cm dan tandakan

 

Potong kain tersebut dan lipatkan bukaan di tengah-tengah. Jahit zip

Selesai menjahit zip.

 Terbalikkan kain dan jahit kedua hujung kiri dan kanan

Lipat bucu membentuk empat segi pada bekas pensil tersebut. Tandakan dengan jarum peniti. Jahit tangan bucu ini.

 

Di hujung satu lagi sebelum mengulangi langkah pertama, jahitkan dahulu tangkai bekas pensil jika anda berminat, dan jahit bucu empat segi sehingga selesai.

Siap sudah!

 

Selamat mencuba!

Kurung Moden 80-an & kain 6 panel

Akhirnya selamat di pakai semalam. Ya memang selesa sangat. Longgar dan bila pergi ke jemputan rumah terbuka, banyak la makanan boleh di makan ye tak? Perut merening tegang dan kencang pon tidak lah ketara nampak.
Berminat hendak menempah secara online boleh hubungi saya secara whatsapps ya. Tempahan jahitan baju kurung tradisonal dan kurung moden sahaja buat masa ini.

Whatsaaps : 016-3342508

Kurung Moden Era 80-an

Baru selesai menjahit baju kurung moden ini. Peten ala-ala di era 80-an. Tiada dart di depan. Hanya ada di belakang. Baju longgar dan selesa. Sebenarnya tanpa zip sorok pon boleh sarung baju ni. Tapi saya letak juga untuk kesenangan kemudian hari. Peten baju boleh di olah menjadi blouse juga.

Kain dipadankan dengan skirt 6 panel. Seakan kembang duyung. Selesa. 

Berminat untuk tempahan? – baju kurung sahaja. Sila whatsapps 016-3342508 ✌