Pola Baju Kurung Kedah

Masa kecil dulu selalu tengok nenek dan saudara mara perempuan pakai baju kurung kedah ni. Ada berpoket di depan. Ada juga tiada. Tidak kira ke mana; ke sawah, bendang mahu pon keraian. 

Saya pernah juga memakainya ketika zaman 90an. Zaman kain pasang dua warna tu. Baju lain warna, kain lain warna. Letak boarder di tangan dan leher. Kain lipat sisih di depan.

Nah! Anda boleh cuba sendiri. Baju tradisi sekarang sudah tranding kembali. Pola ini bukan hakmilik saya. Ia milik Puan Ainon Tailor. Saya cuma berkongsi bersama anda. Anda boleh simpan dan share pola ini tanpa meminta izin.
#share & #tag
Pn Fizan Wan Pani

www.sew-addict.com