Bobble Sleeveless Sweater & Matching Hat With Brim

suitable for baby boy

suitable for baby boy

Booble Sweater1

suitable for baby boy

suitable for baby boy

 

Baju sejuk tanpa lengan dengan padanan topi dengan visor ini telah lama saya siapkan.. ia adalah untuk photoshoot buku saya tempohari… Saiz yang di buat adalah sesuai untuk bayi usia 3-4 bulan..

 

Oh ya, buku saya telah pun berada di pasaran seluruh Malaysia bermula Januari 2014 tadi lagi.. bagi sesiapa yang masih belum mendapatkannya, boleh la lihat-lihat di kedai buku berhampiran. Selain MPH, Popular, kedai buku biasa juga ada.. menuruk rakan facebook saya, ada di antara mereka mendapatkan di kedai buku Men Men, Bandar Pusat Jengka juga!. Saya berharap kalian mendapatkan senaskah sekarang kerana pada pendapat saya ia sangat berbaloi. Dengan ketebalan 200 lebih muka surat, 1o peten untuk bayi lelaki & perempuan yang up to date, panduan bergambar langkah demi langkah serta DIAGRAM tersedia di dalam dengan harga RM23 senaskah jauh lebih murah berbanding anda membeli buku dari OVERSEA seperti Jepun & US tu… kalau beli buku oversea Rm100++ itu pun tak tentu lagi kita boleh buat tau…. dalam buku ni, saya jamin anda boleh kait walaupun hanya basik skill sahaja.. lepas ni saya boleh rehat lah kut, dah ramai boleh mengait nanti hahah…

 

Gambar di dalam web ini adalah hakmilik sepenuhnya kepada pemilik website ini. Sebarang plagiat tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

original handmade from Sew Addict handmade by Fizan
original picture taken by Fizan!

Puan Fizan.

Crochet Blossom Cardigan, Booties & Headband (maroon/peach color)

set3

Assalamualaikum.. Alhamdulillah setelah beberapa bulan tuan punya set ini menanti, akhirnya siap juga semasa minggu pertama Ramadhan. Lama dia tunggu ya.. Maklum saya mengait mengikut giliran…

 

Antara tempahannya adalah Cardigan, Sandals Booties, Boots Booties dan Headband yang semuanya gabungan warna maroon & peach.

 

set2

Setelah beberapa hari mengait dengan laju sampai lenguh pergelangan tangan, ini lah hasilnya….

 

Set1

 

Terima kasih kerana sudi berurusan dan menanti dengan penuh kesabaran…

 

Untuk tempahan (tempahan di bulan puasa ini sudah penuh.. namun tempahan SELEPAS RAYA MASIH TERBUKA) Sila baca terma dan syarat di sini dulu serta fahamkan sebelum membuat tempahan. Hanya kepada mereka yang serius dan boleh membuat bayaran sahaja…

http://www.facebook.com/notes/sew-addict-handmade-by-fizan/syarat-cara-membuat-tempahan/540075902682424?refid=17

Set Pororo Pink, Booties & Cardigan (Noor Azeana, Putrajaya)

Pororo Pink Set

 

Assalamualaikum..

Berkesempatan untuk update blog. Tempahan set ini sudah lama. Awal tahun tadi. Macam biasa saya selalunya update blog guna phone. Baru malam ini buka laptop.Mujur laptop tak ‘kong’.

 

Tempahan Noor Azeana, Putrajaya untuk anak gadisnya yang berusia 4 bulan ketika itu. Helmet pororo sengaja minta warna pink. Biasa warna kuning kan? Bila sudah siap, ternyata sangat cantik pula. Bukan angkat bakul sendiri ye, tapi memang kiut di mata saya. Lagi bila beliau selalu update gambar di facebook anaknya (Zehra) memakai Pororo Hat Pink ni kemana saja destinasi mereka sekeluarga pergi (Cameron Highlands, Genting, Legoland). Teruja saya lihat…

cardigan

Blossom Cardigan…

 

cute pororo pink

Inilah Pororo Hat Pink yang menjadi perhatian. Lagi di pakai anak comel yang bulat matanya! (Zehra itu memang kiut sangat!)

 

DSC_0006Booties untuk Zehra.

 

Terima kasih Noor Azeana.. saya sangat hargai tempahan anda dan kesudian anda menunggu lama.