Adult Beanie for Adult (Siti Zuraidah)

Syukur Alhamdulillah pemilik beanie dewasa dengan butang ini, Siti Zuraidah, Batu Caves sangat berpuas hati dengan beanie beliau seperti yang dinyatakan di dalam inbox saya di facebook.

Siti Zuraidah

  • Salam sis…sy dh dpt dh beanie. Cantik sgt2. Thanks ye sis. Klu Ada lg nk order leh kn? Heheheh.

Maka, beliau membuat tempahan lagi untuk warna lain pula. Terima kasih Siti Zuraidah kerana berpuas hati dengan hasil tangan Sew Addict.

Beanie Grey  ini adalah untuk dewasa dengan hiasan butang di belakangnya.

Makluman buat semua, buat masa ini tempahan telah di tutup kerana banyak lagi tempahan belum siap. 2-3 hari ni badan tak berapa sihat demam selsema. Sakit-sakit badan..nak mengait pun tak ada mood hingus mengalir saja bila tunduk. Yang mana ada e-mail kalau saya tak reply, maksudnya tempahan masih banyak. Yang inbox di facebook sama ye. Jangan kecil hati… jika dah lapang sikit, saya akan reply. Tapi rasanya waktu tu, mungkin anda dah tak berminat..heheh