Bread Machine Cover & Polkadot Roses Helpers

Sarung tangan dan lapik empat segi yang mana kegunaannya adalah sebagai alas tangan yang lembut dan gebu ini dari termelecur dek kepanasan tray atau periuk panas di dapur serta mengelakkan tangan lembut menjadi kasar. heheheh gediks je ayatnyer kan.

Saya ni, nak tak nak.. kena juga jahit sendiri kitchen helper bentuk tangan tu. Maklum lah, saya ni kidal. Di pasaran kebanyakan benda alah ni memang khusus untuk tangan kanan. Rasanya ada 1 je koleksi saya memang untuk tangan kiri. Itu pun hadiah masa Family Day semasa saya kerja di Karangkraf tahun 2002 dedulu ye.. masih saya simpan, sebab memang ada 1 tu je untuk tangan kiri.  Lainnya semua untuk tangan kanan.

Jadinya, bila benda tangan kanan, kita pakai tangan kiri… maka pelik lah jadinya. Begitu juga sebaliknya kan?. Walaupun bila di sarungkan, muka depan ada di belakang.. naluriku berkata, arghhh!!! tak sedapnya pakai!

Maka, sarung tangan cover panas saya ni ada depan dan belakang corak yang sama.. nak pakai kiri kanan pun boleh.. suka! suka!

Mesin Uli tepung roti pun ada baju jugak.

Memandangkan jarang-jarang mesin ni berjalan.. elok di pakai bajukan. Tak ler di hinggapi debu dan habuk. Kalau tidak, selalu nak dibersihkan, berbanding digunakan.. hihi masa nak beli, tak menyempat kan.. dah ada, jarang pulak nak guna..  ampunkan isterimu wahai suami ku… ok ok, lepas ni kita uli donut eh… di rumah ni, donut je laku… roti tu macam kurang sket…melainkan roti beli kedai..

 

Tempahan di alu-alukan: Sila isi borang tempahan di menu atas.

10 kg Tupperware rice canister cover & Oven Cover

Proses mentransformasikan dapur ligat di jalankan lagi.. Hari ni dapat menjahit ‘baju’ baru buat bekas beras 10kg Tupperware saya ni. Sekian lama berbogel tanpa baju. Hari ni pakai baju baru polkadot dot roses.

 

+++++

Oven yang banyak berjasa pada saya. Dari membakar roti, biskut juga membakar ayam ikan pun boleh =)

Alas yang memiliki poket kiri dan kanannya.. Berseri-seri nampaknya oven antik saya ni…

Pemegang Peti Ais

Saya dalam proses mengtransformasikan ruangan dapur saya supaya lebih berseri-seri.. haha kelakar bunyi nya. Maklum lah, berselerak je dapur saya ni.. nak masak pun jadi malas… harap saya jadi lebih bersemangat bila dapur yang sekangkang kera ni ada ‘baju’ baru. Banyak projek jahitan akan bermula selepas ini. Toaster Cover, Teapot COzy, Curtain, Sarung bekas air…harap semua terjahitlah. Tema ala inggeris yang nan hado. Bajet ciput, maka hasil pun tak seberapa… tapi, nak sangat sekurang-kurangnya ada perubahan.

Kita mulakan dengan menjahit pemegang pintu peti ais dulu. Ada 2 pemegang pintunya. Lepas ni saya nak jahit cover atas pula dengan poketnya.