Clutch Bags {Ieda Kama}

Lama juga tidak menjahit. Tiba-tiba mendapat pesanan dari Ieda Kama di facebook mahu menempah clutch bag. Beliau inginkan saiz yang besar sedikit kalau boleh mahu muatkan purse,phone itu… Saiz biasa paling besar L. Tapi muat purse dan phone cukup-cukup.

Saya ikhtiarkan juga buat besar sedikit. Hasilnya….. nah!

Seperti biasa di tepi bag mempunyai ‘tangkai’ berkancing..

 

 

 

 

Syukur, saya mendapat pesanan, beliau sangat berpuas hati.. dengan hasilnya…dengan fabriknya… 🙂

Ieda Kama
  • mebeles..yg ni pon cun meletups….saya suke..jnji bole masuk banyak barang kak..bkn ape saya pesen tak gemo bawak henbeg g keje kang mcm2 bende saya bawak masuk dlm henbeg tu..tu ingt nk bawak clutch jer…tQ kak..kain die pon lawa…

Ieda Kama
  • ok sgt..muat sume barang2 saya…memenuhi citarasa…

 

 

Terima kasih Ieda…. sudi menempan dengan Sew Addict.

 

Hand Carry di Hari Raya

Beg raya!!

Heaven Handbag saya untuk mengisi DSLR camera. Senang nak bawa nanti. Segan pulak nak husung ke hulu ke hilir beg khas dia tu. Sesekali buat kelainan.

Dalam beg saya alas dengan fiber supaya serap hentak. Tapi tidak lah setebal beg khusus DSLR tu. erm, kalau dapat yang tebal tu, saya buatt lain bentuk beg nya… nanti la…tak jumpa lagi siapa ada jual. Lagi pun beg ini saya sumbat juga dalam handbag biasa saya bawa jalan tu.. haha besar tak besar beg biasa saya tu kan… kira macam 2 in 1.

Beg ni, boleh muat DSLR + speedlight + poket isi CPL filter,card reader dan purse.

Fabrik Linen import beli dari peniaga online tahun lepas. Inner saya guna polkadot cotton hitam. Tiada zip, sebab malas nak buka tutup. Saya hanya letak tali untuk ikat, senang dan cepat keluar masuk barang