Sulam Benang Keliling Tudung Ekspress

 

Assalamualaikum.. good evening.. dah petang di sini…. Saya nak update tempahan kenalan lama di sebuah forum. Beliau minta saya sulam benang pada sekeliling tudungnya. Yang saya ni dah bertahun (2-3 tahun kut) dah tak menyulam. Ye la, tempahan crochet tak habis-habis.. itu yang tak boleh nak menyulam.

Kebetulan lepas raya ni kan job tak banyak lagi.. sambil-sambil mengait apa yang patut, tiba-tiba dapat mesej dari Syamen, Kedah di page Sew Addict berkenaan hajat beliau tu. Mulanya berat juga hati nak terima, takut tak terbuat… tapi sebab dah rindu nak menyulan.. terima juga lah.. lagi pun sulam je..tak ada tarik benang. Kalau tarik benang malas sket le nak membuatnye…

Ok.. ini lah hasilnya… tengok lagi gambar di bawah.. saja ambil gambar banyak-banyak.. seronok sangat!!

(* Alhamdulillah dapat order lagi untuk sulam benang dari sabahat di Turki… Syukur Alhamdulillah..*)

 

Selamat menjamu mata.. terima kasih.

Sulam Benang : Baju Kurung Putih (Dilla)

Saya dalam proses mengupload kembali gambar-gambar hasil kerjatangan saya selama beberapa tahun ini ke dalam blog baru ini. Jangan pula ada yang buat apa-apa andaian negetif pulak. Ini kali ke-2 website kena hack. Maka, gambar-gambar lama memang telah saya simpan baik-baik ke dalam disk. So, yang mana saya rasa jerih & letih membuatnya, akan saya upload kembali ke dalam blog dengan edit watermark la. Link lama tak boleh pakai daaaa… so kita masukkan link baru gitu.

Sulam benang pada baju kurung ini rasanya pada tahun 2010 kut. Tempahan dari Dilla, orang IPD, Kota Bharu.. baju kurung rona putih dengan sulam bunga kelabu & daunnya putih.

Selepas ini saya akan re-load gambar saja tanpa entry lah ye. Saya bukanlah seorang yang berkebolehan berceloteh panjang lebar di atas keyboard.. huhu

Terima kasih singgah… datang lagi.