Projek Crochet – A – Long Contest (Cardigan Dewasa)

Ini adalah projek pertandingan mengait (jarum 1) yang saya sertai antara peminat crochet juga, Crochet A Long Contest. Cadangan projek adalah membuat blouse dewasa. Maka, inilah hasilnya… Menggunakan benang import memandangkan nak pakai sendiri kan.. mesti lah nak yang selesa dan sedap di pakai.. Mahal tak apa, asal saya puas hati dengan hasilnya.

Saya ada pengalaman tahun lepas mengait blouse dewasa menggunakan benang biasa (benang NONA), hasilnya memang tak best. Struktur corak tak nampak kerana benang tersebut besar dan tidak sesuai membuat bentuk corak. Jika bentuk plain ok rasanya. Tapi kena pandai melaras saiz badan.

Cantik kan? Tapi… saya rasa saya TAK MAHU ambil tempahan mengait baju dewasa ni. Maaf lah ye.. sejak saya tunjuk di facebook, ramai yang bertanya harga.. memang saya akan letak mahal kerana susah dan lama nak siapkan baju dewasa ni. Lotih mokcik! Kalau jahit baju kurung berlining pun upah dia double kan.. ini mengait saya perlu kait badan belakang, depan 2 keping, tangan lagi…edging lagi…tu tengok peten pulak…uii saya malas lah. Kalau ada yang sanggup bayar, saya boleh buat.. tapi yang mintak less bagai… malas la saya…. tak mengapalah.. biar saya kait untuk diri sendiri je.. puas juga hati.. benang mahal, biar saya je yang pakai.. hehe Biarlah saya mengait baju budak je.. cepat sikit siap…

Sedap di pakai… di cuaca panas atau pun sejuk kerana benangnya sejuk lembut. Masa mengait menggunakan benang ini pun laju je…tak ada sangkut. Saya boleh siapkan dalam masa seminggu saja (nama pun pertandingan kan, kena la pulun!)

Insya-Allah lepas ni ada lagi projek untuk pakai sendiri guna benang dari Jepun ^^,