Baby Cotton for Set Baby Shower – Dress, Bonnet & Mitten

Assalam & Salam sejahtera.. gambar lama lah ya saya update.. sesekali duduk depan laptop.. boleh la masukkan gambar..

Di atas set hadiah untuk bayi baru lahir. Untuk anak sendiri pun apa salahnya. Diperbuat dari benang kapas.. sangat lembut dan sejuk. Yang penting tidak berpeluh jika bayi memakainya.. Lagi sekarang cuaca tidak menentu.

Lagi comel jika pakai waktu majlis cukur jambul. Lain dari yang lain…

 

 

Hasil kaitan kali ini ‘ready stock’. Ada 1 set saja.. Jika ada yang berminat mahu segera boleh hantarkan e-mail kepada saya pnfizan@sew-addict.com

Sekali sudah terjual, lepas tu jika ada yang berminat kena tunggu giliran lah ya.. buat masa ni tempahan sudah penuh.. Lagi dengan kaki sakit ni, tak terlayan rasanya e-mail yang di hantar.. Minta maaf jika saya lambat reply ya…

 

Cute kan? Melihat dress ini rasa macam nak beranak kecil saja hahah… ya la, masa dorang kecil saya tak sempat buat pun.. asik membeli saja lah… dah besar ni, lagi la tak sempat nak buatkan… serba salah jadinya..

Baik, jika ada yang berminat nak beli loose pun boleh. E-mail saja k…

 

 

Angel Dress for cute baby & matching booties + beanie

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Dulu ramai yang bertanya saya apa lagi item yang saya boleh buat? Sebenarnya, dalam kepala ni macam-macam nak buat… tapi apa kan daya.. daku punya dua tangan saja dengan masa 24jam. Memang tak sempat nak buat semua.. lagi kalau ada komitmen keluarga dan lain-lain hal.. Mood pulak kena lah sentiasa baik dan tenang baru boleh buat.. kalau jiwa kacau tu, baik gi tidor je la… bikin darah naik sampai kepala saja..hehe

Ok, dress di atas tu antara item baru yang saya sudah siapkan dan siap sedia untuk di tempah. Kalau ikut, sangat comel untuk bayi yang baru lahir hingga usia 4 tahun. Minta maaf, saya tak nak ambil untuk kanak-kanak usia lebih 5 tahun ke atas ya… banyak guna benang dan ambil masa lebih lama. Nanti harga pun tinggi… ada yang komplen 🙁 Buat yang kecil-kecil dah la…harga pun patut sesuai dgn material dan kudrat saya membuatnya…

Nak pakaikan bayi semasa majlis akikah sangat lah comel… siap dengan beanie & booties lagi yang padan… Jika berminat nak tempah, isi lah borang di atas tu ye… BORANG TEMPAHAN CROCHET tu.

Harga bermula dari RM45 untuk NB dan berbeza harga utk saiz lain-lain. belum masuk kos pos.

Sekian