Sarung Telefon Bimbit bernama *mimi*

image

image

image

image

Assalamualaikum.. salam 1 Mei.. salam 1 Rejab. Alhamdulillah akhirnya siap juga sarung handphone milik saudari Mimi. Lama beliau menunggu giliran walaupun hanya item yang kecil. Minta maaf sangat, saya tetap siapkan tempahan pelanggan mengikut giliran.

Saiz sarung handphone ini adalah 14cm x 8 cm. Lebih kurang saiz Samsung S3.

Memandangkan beliau mahu kaitkan nama sekali, saya lebihkan sikit ukuran dalam 1cm lebar. Di atasnya saya letak butang besar sebagai menutup supaya handphone nya tidak terlolos keluar.

Hiasan supaya ia tidak kosong, saya letakkan tassel comel kiri dan kanan.

Ini pertama kali saya kait nama pada sarung telefon. Terima kasih Mimi kerana sudi menempah dan menunggu lama..

andai ada terkurang saya mohon maaf.

Gambar di dalam web ini adalah hakmilik sepenuhnya kepada pemilik website ini. Sebarang plagiat tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

original handmade from Sew Addict handmade by Fizan
original picture taken by Fizan!

Puan Fizan.