Teapot Cozy – teko standad.

image

Saya mengait sarung teko saiz biasa. Jika pengumpul pinggan lama pasti ada teko ni. Wajib!. Semasa permintaan di buat, senang je urusan sebab saya pun ada teko ni. Penempah adalah dari geng sama-sama collect barang antik….

image

Nampak dalam gambar macam kecil. Sebenarnya bunganya besar besar dan penuh badan teko.

Permintaan pemilik juga mahukan body base warna hijau.

Terima kasih sudi berurusan dengan Sew Addict.

Crochet Teapot Cozy – yellow

Assalam. Hari ini mahu update teapot cozy yang telah saya siapkan. Rona kuning adalah pilihan pelanggan saya  sendiri. Warna bunga saja saya pilih. Memandangkan saya sangat ketagih akan mawar, maka saya buatkan hampir 20 kuntum lebih mawar menghiasi Teapot Cozy ini.

image

Saiz teko ini adalah teko antik biasa. Bukan teko kecil ya.

image

Baju teko ini boleh dibuka dan dicuci.

image

Tempahan dan pertanyaan boleh ajukan kepada pnfizan@hotmail.com