Pencil Case Big Size with Tulips Motive

pencilcase2

 

Lama mengidam nak kait satu pensil case. Akhirnya tercapai… tapi…………………………….. lama baru siap. Maafkan saya Puan Nurhananie, Melaka. Saya ambil masa sedikit hendak siapkan. Kekangan masa dan kesihatan terganggu sedikit aktiviti saya.. saya sangat hargai kesabaran puan dan tidak pernah mendesak saya..

Maka, terhasillah satu bekas pensil saiz besar seperti yang Puan idamkan..

pensil case1

 

Saya menggunakan corak Bunga Tulip pada badan bekas ini. Harap Puan tidak kisah ya.. Pertama kali saya kait peten ini..

 

pencilcase3Bahagian paling ‘bercinta’ nak siapkan adalah lining. Mesin jahit saya tu, bila dah OFF, hendak di ON semula tu memang kena jampi serapah dulu. Itu sebab kalau tukang jahit berehat, nk mulakan balik menjahit tu mmg ‘sakit’! hehe

Alhamdulillah saya dapat siapkan lining mengikut citarasa saya.. dengan kasih sayang. Siap ada poket berzip di dalam lagi supaya Puan Nurhananie boleh simpan duit atau barang berharga di dalam…

Terima kasih sekali lagi kerana sudi membuat tempahan & menanti dengan sabar tempahan anda.