Tutorial Dress A Line

image

Tutorial kali ini adalah dress A Line. Dress ni kembang just nice. Sedap pakai berjalan even langkah besar dan laju.

image

Menggunakan kain bidang 60″ sebanyak 2 meter sudah memadai.

Ikuti langkah seperti pola di atas (sumber google!!)

Atau anda boleh berpandukan pola di atas tetapi laraskan mengikut ukuran badan sendiri.

Seperti saya, saya besarkan sedikit dan longgarkan lagi bahagian punggung dan lebar kembang bawah sehingga habis kain supaya senang saya nak duduk bersila dan senang nak langkah naik kereta @ hilux hahah

Ini hasilnya

image

Ok selamat mencuba!

Jubah Raglan

image

image

image

image

Assalamualaikum..
Alhamdulillah berjaya siapkan jubah raglan menggunakan lycra tebal dn yang penting tidak jarang langsung. Tidak panas langsung.

Jubah longgar dan selesa dan yang penting kembang nya cantik flowy serta tidak melekap di badan.