Jahitan Manik: Simple Fly Beads 2011

Hai, tengah siapkan biskut raya? sedang jahit baju?

Baju raya saya sepasang sudah siap. Tinggal lagi sepasang. Yang ni perlu berlining. Erm, malas la pulak…huhu Eh, nak cerita.. mesin highspeed saya malam kelmarin, tengah final menjahit kain.. tiba-tiba motor mesin keluar asap. Asap berkepul-kepul! panik sangat!! siap bau hangit. Takut meletup je… semalam, panggil tukang mesin datang rumah.. rupanya kondenser sudah terbakar. Nasib baik saya tutup mesin cepat, kalau meletup..memang satu motor kena tukar. DUIT lagi tu! nak dekat raya ni… duit sesajerrr!

Kali ni baju raya saya jahit manik di tangan saja. Tak mahu jahit di leher. Macam rimas pun ada.. lagi pun kain Serai Wangi ni lembut lembik manja. Malas saya nak alas interfacing. So, jahit di tangan saja dengan peten yang simple.

So, inilah hasilnya. Sekejap je siap….