Pola Baju Kurung Riau/Pahang

 

 

 

Saya terjumpa gambar lama yang pernah saya masukkan di dalam blog lama. Kini saya update semula Pola Baju Riau/Pahang. Jika ada kelainan, saya minta maaf. Ini apa yang biasa saya buat untuk baju sendiri.. Jika ada kesilapan, kekurangan sila tinggalkan komen supaya boleh ditambahbaikan. Terima kasih.

 

Badan & tangan baju:

a-b = ukuran bahu/2

b-c = labuh tangan

c-d = ukur lilit tangan/2

b-e = keliling ketiak * bahagikan kepada 2 dan tandakan. buang 1/2  inci

a-k = Labuh baju

 

Bahagian kekek:

e-f  = 5.25 inci hingga 6 inci *ikut saiz badan

e-g = 6 inci @ 7 inci

g-h = lebar 2 inci @ 3 inci ikut saiz dan potong menyerong sebanyak 1/2 inci ke atas

 

Pesak :

j-i = jika suka beralun, lebarkan sikit.. @ ikut selera ya..

 

**tepi baju antara cantuman pesak tu saya potong serong sikit 1 inci. Tak nak buat pun tak pe..**

** bawah pesak tu posong serong 1/2 inci supaya nanti cantik jatuhnya…**

 

Salah satu baju yang saya jahit untuk Aidilfitri 2012.

26 thoughts on “Pola Baju Kurung Riau/Pahang

  1. Assalamualaikum Pn Fizan, terima kasih atas perkongsian ILMU. Saya ada masukkan post puan dalam blog saya untuk peringatan diri sendiri ….harap dibenarkan yer.. 🙂

    terima kasih.

  2. terima kasih atas pertolongan berkaitan dengan pola baju kurung pahang semoga allah membalas pahala kepada puan dan selamat maju dalam kerjaya puan saya doakan ishaallah saya hendak mencuba saya ni kaum adam saya nak cuba Thanks you .so good…!!!!!!

  3. saya nak tanya. sy tak faham maksud ne.** bawah pesak tu posong serong 1/2 inci supaya nanti cantik jatuhnya…** blh explain tak.thanks..hrp membantu..

  4. salam kak,
    untungnya saya terjumpa website akak ni..semoga murah rezeki akak dgn perkongsian ilmu ni.. dah lama teringin nak belajar jahit baju sendiri tapi takda dorongan..sekarang dah ada baby girl boleh test pada baby sendiri 🙂 tapi nak tanya akak, daripada gambar pola tu, nampak mcm f-h tu dipotong serong beralun..macam mana ukurannya bahagian tu ye?atau cuma cantum je terus? harap akak dapat terangkan..terima kasih.

    • saya bantu ya tuan tanah.

      untuk FH itu di digaris melengkung menggunakan pembaris lengkung yang boleh didapati di kedai alatan jahitan ataupun hanya lakarkan sahaja lengkungan dari F ke H. terima kasih

  5. assalammualaikum.. sye nak tnye boleh tak ajar kan ukuran baju kurung riau pd kanak2 umur 6 tahun… harap akak dapat bantu sye… terime kasih…

  6. cantikk..nak try pola mcm ni la pulak..cuma tak faham yg antara kekek atas dgn yg kekek bawah tu..yg bahagian bawah kekek atas tu mmg potong serong kan? yg bhgian atas kekek bawah tu potong lurus ke mcmana ye? tq

  7. salam puan, sy nk mintak cara ukur badan untuk buat pola baju di atas. terima kasih sudi kongsi ilmu jahit baju kurung..(smile)

  8. saya nak tanya….dari pisak ke badan g – j—masukkan 1″ kedalam…untuk ape ye…saya cuba buat ikut pola tu tapi tak jadi kembang…..jadi macaam bergulung.
    mohon bantu……t.kase

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *