Buku ke-2 saya : VARIASI MENGAIT AMIGURUMI

buku

Alhamdulillah shooting yang berlangsung pada bulan Disember tahun lepas telah pon siap di cetak. Kepada follower sew-addict.com dan pencinta kraftangan seni krusye boleh dapatkan buku ini di mana-mana kedai buku berhampiran, pengedar Alaf 21 atau di pesta buku di kawasan anda nanti ya.

Buku ini terbitan Alaf 21, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih kepada Editor saya, penerbit dan pengurusan Karangkraf Sdn. Bhd kerana sudi memilih saya sebagai penulis untuk buku crochet (kali ke-2) sebagai wakil memartabatkan seni kraf – crochet di Malaysia.

Saya berharap dengan buku ini sedikit sebanyak membantu adik, kakak, tuan puan yang berminat dengan seni kerjatangan ini menghasilkan sesuatu yang mampu memberi manafaat kepada anda.

 

Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya.

Pn Norhafizan Wan Pani

www.sew-addict.com

since 2005

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *