Tutorial Bekas Pencil (Pencil Case)

Assalamualaikum semua.. saya membelek hard disk yang telah bertahun tidak di buka, terjumpa tutorial ini yang saya lupa untuk masukkan ke dalam website. Ia mudah sahaja untuk jahit, tetapi mampu menjimatkan wang.

 

Pencil Case / Bekas Pensil

Lipat dua kain dan tandakan ukuran 20 cm panjang

 

Ukur panjang 27 cm dan tandakan

 

Potong kain tersebut dan lipatkan bukaan di tengah-tengah. Jahit zip

Selesai menjahit zip.

 Terbalikkan kain dan jahit kedua hujung kiri dan kanan

Lipat bucu membentuk empat segi pada bekas pensil tersebut. Tandakan dengan jarum peniti. Jahit tangan bucu ini.

 

Di hujung satu lagi sebelum mengulangi langkah pertama, jahitkan dahulu tangkai bekas pensil jika anda berminat, dan jahit bucu empat segi sehingga selesai.

Siap sudah!

 

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *