Syarat & Cara Buat Tempahan

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan handmade by Fizan sila baca dan fahami butiran berikut:

1- melihat contoh gambar tempahan di dalam kategori di blog ini. Anda juga boleh melihat gambar hasil tangan saya di dalam album page facebook. Buat pilihan dan salin link atau gambar

2- hantarkan e-mail atau whatsapps untuk sebutharga item. Diingatkan ini adalah handmade. Namun begitu harganya adalah masih mampu milik.

3- setiap hari saya menerima tempahan. Jadi setiap pesanan akan saya buat mengikut giliran, bayaran penuh/deposit. Pesanan tanpa bayaran saya tidak akan buat.

– saya adalah manusia biasa juga. Ada keluarga, tanaman dan kampung halaman yang memerlukan saya meninggalkan jarum dan benang. Adakala saya tidak sihat. Adakala ada tetamu datang. Adakala saya perlu pergi ke sana ke sini. Maka, atas sebab di atas saya tidak mampu untuk mengait. Saya harap anda dapat bersabar menunggu pesanan anda siap. Tetapi biasanya saya akan sedaya upaya juga utk siapkan 🙂 cuma saya merayu kepada anda
tolong jangan push kerana kadangkala paksaan itu membuatkan semangat itu hilang.. mengait ini memerlukan mood yang baik..

4- bayaran penuh atau deposit wajib.

5- tempahan booties, beanie, kopiah saya memerlukan ukur lilit kepala & kaki. Juga warna benang.

6- buat masa ini saya suka mengait barangan bayi dan kanak-kanak sahaja. Item besar seperti alas meja, katil, sarung bantal, baju dewasa saya tidak buat. Ia makan masa lama nk siap.

7- jika anda sudah baca jommm hantarkan pesanan sekarang!!

Email: pnfizan@hotmail.com
Whatsapps saja: 016-3342508 (CALL @ SMS tidak di layan)

2 thoughts on “Syarat & Cara Buat Tempahan

  1. Pingback: PENGUMUMAN PENTING | Sew Addict handmade by Fizan

  2. saya nak tempah beanie n headband…untuk gigrl….beanie umur setahun..headband umur 6 bln keatas..nk tahu jumlah bayaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *