POLA KEBAYA KELEPET


Assalamualailum..

Setelah beberapa tahun menyepi, baru terajin install applikasi wordpress di handphone 😅. Selama ini rajin benar update blog melalui laptop. Tapi bila terlalu sibuk, laptop juga jarang bersentuh.

Tahun 2017 menjadi trend kembali busana tradisi Kebaya Kelepet di hari lebaran. Mungkin pegaruh dari cerita Mok Cun dan Wan Peah barangkali. Apa pon saya juga menyukai busana tradisi ini sejak dahulu lagi. 

Di kepilkan beberapa contoh dan ukuran untuk membuat kebaya kelepet. Di tegaskan, pola ini diambil dari sumber google (watermark : idzyan ismail). Anda boleh mencuba melakarkan pola di atas kertas terlebih dahulu sebelum memotong kain. Basic pengiraan dan basic melakar amat diperlukan ya.

Anda boleh tularkan ilmu sejengkal ini bersama rakan-rakan anda juga ya.
Terima kasih.
Puan Fizan

www.sew-addict.com

Pola Baju Kurung Kedah

Masa kecil dulu selalu tengok nenek dan saudara mara perempuan pakai baju kurung kedah ni. Ada berpoket di depan. Ada juga tiada. Tidak kira ke mana; ke sawah, bendang mahu pon keraian. 

Saya pernah juga memakainya ketika zaman 90an. Zaman kain pasang dua warna tu. Baju lain warna, kain lain warna. Letak boarder di tangan dan leher. Kain lipat sisih di depan.

Nah! Anda boleh cuba sendiri. Baju tradisi sekarang sudah tranding kembali. Pola ini bukan hakmilik saya. Ia milik Puan Ainon Tailor. Saya cuma berkongsi bersama anda. Anda boleh simpan dan share pola ini tanpa meminta izin.
#share & #tag
Pn Fizan Wan Pani

www.sew-addict.com